Lawatan Ke Rumah Amal Cheshire Selangor

Bergambar di hadapan Rumah Amal Cheshire Selangor.

Tengah hari itu kami tiba di Rumah Amal Cheshire Selangor bersama 7 orang pelajar ICAN, dari jurusan Diploma Fisioterapi, semester 1, tahun kedua. Kawasan rumah kebajikan itu didirikan di atas seluas 3 ekar tanah yang meliputi blok kelas, pusat IT dan bilik-bilik kemahiran. Rata-rata penghuni di sini merupakan mereka yang bergelar OKU, dari pelbagai bangsa, agama dan perigkat umur.

Pallykudathan mesra berbicara.

Pallykudathan yang dilahirkan normal akhirnya terpaksa akur kepada takdir untuk bergelar OKU. Berlainan pula kisahnya dengan Kathy yang dilahirkan cacat, dan menetap seumur hidupnya di rumah kebajikan ini. Dari fizikalnya jelas gadis berketurunan cina ini mempunyai kekurangan. Namun kemahirannya melukis dan mewarna tidak jauh bezanya dengan manusia normal yang lain.

Kathy bersama koleksi lukisannya.

Kemudian para pelajar kami berkesempatan untuk sama-sama membantu para penghuni menikmati hidangan makan tengah hari. Peluang ini diambil para pelajar kolej ICAN untuk menyelami diri pesakit. Ianya melahirkan perasaan simpati dan rasa bertanggungjawab yang seharusnya wujud di dalam diri seorang pakar fisioterapi. Pengalaman dan kemahiran ini amat berguna buat para pelajar kolej ICAN untuk menempuh alam pekerjaan kelak.


Para pelajar kolej ICAN bermesra ketika waktu makan penghuni.

Selepas itu para pelajar kolej ICAN terus menyumbangkan bakti dengan melakukan beberapa kerja amal bagi melicinkan tugasan harian rumah kebajikan ini.



Kebanyakkan aktiviti-aktiviti di sini dipenuhi dengan kelas jahitan, lukisan, membuat kraftangan dan juga pendedahan IT.

Setelah hampir 3 jam berada di lokasi, lalu kami pun beredar meninggalkan perkarangan rumah kebajikan sambil dipenuhi lambaian para penghuninya. Jelas kehadiran para pelajar kolej ICAN disenangi oleh penghuni-penghuni di sini.

Pelajar kolej ICAN sempat bergambar bersama salah seorang penghuni sebelum meninggalkan perkarangan rumah kebajikan Cheshire.

No comments:

Post a Comment